Friday, April 16, 2010

Program Bakti Siswa (Anak Angkat) 16-18 April 2010


Program Bakti Siswa (Anak Angkat ) ini anjuran Kelab Mekanikal & Persatuan Alumni dari Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak dengan kerjasama Penduduk Kg Banting Sabak Bernam. Program ini dijalankan selama 3 hari bermula 16 hingga 18 April 2010 dan disertai seramai 30 orang siswa.

Pada hari jumaat jam 7.00 ptg, para siswa tiba di perkarangan Surau Jamaliah Kampung Banting dan disambut mesra oleh penduduk kampung. Program diteruskan dengan solat magrib dan isyak secara berjemaah. Kemudian para siswa diberi taklimat dan sesi pembahagian keluarga angkat masing-masing.

sebahagian anak angkat bersama ibu & bapa angkat



sesi bergotong-royong membersihkan surau



sukaneka bersama ibubapa angkat

Monday, April 12, 2010

Mesyuarat Umno Cawangan Banting Sabak Bernam

Diadakan pada 11 April 2010 iaitu pada hari ahad jam 3.00 ptg.Disertai oleh semua AJK Umno Cawanagn Sabak Bernam.

Friday, April 9, 2010

Acara Kursus Laman Blog adalah ringkas dan santai

modul

Kursus laman blog disusun agar peserta dapat mengikuti pelajaran langkah demi langkah. Bermula dari pendaftaran,perasmian, pengenalan modul, minum pagi sambung modul dan makan tengahari. Kursus ini dipantau oleh Setiausaha Bahagian Tn.Hj Fasiah Bt Mohd Fakeh dan juga disertai oleh peserta kursus seramai 32 orang dari cawangan  Bahagian Sabak Bernam.

penceramah kursus


antara yang hadir

Kursus Membina Laman Blog

Pada 10hb April 2010 BIRO ICT DAN BLOG dari Umno Bahagian Sabak Bernam telah mengadakan kursus membina laman blog yang bertempat di Pejabat Umno Bahagian Sabak Bernam. Pada jam 8.30pg bermulanya sesi pendaftaran para peserta. Sambutan amat menggalakkan dari semua cawangan.