Friday, April 16, 2010

Program Bakti Siswa (Anak Angkat) 16-18 April 2010


Program Bakti Siswa (Anak Angkat ) ini anjuran Kelab Mekanikal & Persatuan Alumni dari Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak dengan kerjasama Penduduk Kg Banting Sabak Bernam. Program ini dijalankan selama 3 hari bermula 16 hingga 18 April 2010 dan disertai seramai 30 orang siswa.

Pada hari jumaat jam 7.00 ptg, para siswa tiba di perkarangan Surau Jamaliah Kampung Banting dan disambut mesra oleh penduduk kampung. Program diteruskan dengan solat magrib dan isyak secara berjemaah. Kemudian para siswa diberi taklimat dan sesi pembahagian keluarga angkat masing-masing.

sebahagian anak angkat bersama ibu & bapa angkat



sesi bergotong-royong membersihkan surau



sukaneka bersama ibubapa angkat

No comments:

Post a Comment